Wednesday, October 17, 2012

Kenyataan YDP MPP USM Berkenaan Notis Fitnah

PULAU PINANG - Kontroversi berkenaan satu notis palsu yang dimomokkan dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia sedang hangat diperkatakan di laman sosial Twitter.  Notis palsu itu dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama USM oleh pihak yang tidak dapat dikenalpasti identitinya dan kini menjadi 'trending' di laman sosial berkenaan beberapa jam yang lalu. Perkara itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan mahasiswa USM khasnya yang menganggap perkara itu sebagai satu usaha tidak bermoral pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik USM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia. Respon terhadap isu berkenaan,Yang...


Tuesday, August 21, 2012

PPSL USM Sudah Bersedia Menyambut Kehadiran Mahasiswa Mahasiswi Baru.

USM, Pulau Pinang- Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) Merupakan komuniti pelajar yang dilantik oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menjadi pembimbing kepada siswa-siswi baru pada Minggu Siswa Lestari (Minggu Orentasi) yang akan bermula 2 September nanti. Pemilihan PPSL adalah melalui proses temuduga yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP USM). Walaupun Minggu Siswa Lestari hanya akan bermula pada september nanti, namun PPSL sudah mula bertugas semenjak keputusan permohonan USM di umumkan. Seperti tahun yang lalu, medium group facebook Bakal Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (Kemasukan Septerber...


Saturday, February 5, 2011

Lima penyelidik USM diiktiraf dunia

DR. Ramli Saad (tiga dari kiri) dan Jahangir Kamaldin (tiga dari kanan) bertanyakan sesuatu kepada empat penerima Sijil Pentauliahan Pengamal Sistem Pengekodan Riak Wajah di Kepala Batas, Pulau Pinang, baru-baru ini.KEPALA BATAS 1 Feb. - Lima penyelidik dari Institut Penyelidikan dan Pergigian Termaju, Universiti Sains Malaysia (IPPT-USM) mengharumkan nama negara apabila terpilih sebagai penerima Sijil Pentauliahan Pengamal Sistem Pengekodan riak wajah (FACS) daripada Universiti Innsbruck, Austria.Lebih membanggakan, mereka merupakan kumpulan penyelidik pertama dari Asia Tenggara menerima sijil pengiktirafan seumpama itu.Mereka ialah Siti Maisura...


Friday, January 28, 2011

USM tawar 120 tempat di India

PULAU PINANG 27 Jan. - Universiti Sains Malaysia menawarkan 120 tempat kepada penuntut baru yang mengikuti kursus ijazah doktor perubatan untuk melanjutkan pengajian di Belgaum, Bangalore, India.Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, mereka yang bakal terpilih merupakan kumpulan kedua dihantar ke sana menerusi program kerjasama USM dengan Universiti Karnataka Linggayat Education (KLE)."Kali pertama kumpulan pelajar dihantar ke sana adalah pada September tahun lalu yang melibatkan seramai 43 orang pelajar."Tahun ini kita ingin menghantar lebih ramai pelajar memandangkan kemudahan pembelajaran dan tempat tinggal yang disediakan di sana baik dan mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Tambahnya, pengalaman KLE terlibat dalam pendidikan perubatan selama...


Hubungan Rapat Universiti-Sektor Korporat Tingkat Pasaran Kerja Graduan

SERDANG: Institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hubungan rapat dengan sektor korporat agar graduan mempunyai nilai pasaran yang baik dalam sektor pekerjaan, kata Pengarah Urusan RHB Bank, Datuk Tajuddin Atan.Beliau yang juga bekas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 1980-an dan merupakan ahli Persatuan Alumni UPM berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak membolehkan masing-masing bertukar-tukar kepakaran sekali gus meningkatkan nilai pasaran graduan yang dihasilkan."Aktiviti antara universiti dan badan korporat perlu digalakkan untuk membantu graduan mempunyai pasaran pekerjaan dalam sektor tertentu."Hubungan yang rapat antara universiti dengan sektor korporat boleh memberi ruang kepada mereka untuk bertukar pandangan. Ini membolehkan graduan berpeluang menghadapi dunia...


TITAS Perlu Kaedah Baru Tarik Minat Pelajar

SERDANG: Pengajar kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di institusi pengajian tinggi digesa meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah penyampaian baru bagi menyemai minat pelajar terhadap kursus tersebut.Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Induk TITAS Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Madya Dr Zaid Ahmad berkata, kursus TITAS tidak semestinya meliputi isu sejarah semata-mata sebaliknya perlu meliputi elemen ketamadunan yang relevan pada masa kini.Perkara itu menurutnya boleh menarik minat para pelajar dalam subjek tersebut seterusnya menyemai sikap saling faham-memahami serta hormat-menghormati dalam masyarakat negara ini yang berbilang etnik, budaya dan agama."Saya berpendapat kursus ini perlu menjadi semasa, relevan dan dinamik. Ini selari dengan...


Jawatankuasa Usul Dewan Perundingan Pelajar USM Nafi Dipengaruhi

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions...


Wednesday, January 26, 2011

Konsep 1Malaysia di kampus USM

Sebahagian daripada warga Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian bergotong-royong memasak bubur asyura, di Kota Bharu, baru-baru ini.KOTA BHARU 25 Jan. - Program Menyediakan Bubur Asyura anjuran Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dekat sini, ternyata berjaya menerapkan konsep 1Malaysia dalam kalangan warga kampus.Dalam program itu, 5,000 pelajar dan kakitangan USM bekerjasama mengumpul sumbangan bagi menjayakan program tersebut.Hasil kerjasama tanpa mengira kaum dan latar belakang, pelajar dan kakitangan terlibat berjaya mengumpul sumbangan lebih RM5,000 bagi menampung kos penyediaan bubur asyura berkenaan.Semangat 1Malaysia...


Pages 141234 »
Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More