Wednesday, October 17, 2012

Kenyataan YDP MPP USM Berkenaan Notis Fitnah

PULAU PINANG - Kontroversi berkenaan satu notis palsu yang dimomokkan dikeluarkan oleh Universiti Sains Malaysia sedang hangat diperkatakan di laman sosial Twitter.  Notis palsu itu dipercayai bertujuan untuk memburukkan nama USM oleh pihak yang tidak dapat dikenalpasti identitinya dan kini menjadi 'trending' di laman sosial berkenaan beberapa jam yang lalu.


Perkara itu menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan mahasiswa USM khasnya yang menganggap perkara itu sebagai satu usaha tidak bermoral pihak-pihak tertentu untuk menjatuhkan nama baik USM sebagai salah sebuah universiti yang terbaik di Malaysia.

Respon terhadap isu berkenaan,Yang Di Pertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Sains Malaysia,Muhammad Ammar' Bin Mohd Aziz mengeluarkan satu kenyataan berbunyi

"Assalaualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Muhammad Ammar'

Respon berkenaan isu sebuah notis yang telah menggunakan nama Universiti Sains Malaysia (USM) yang tersebar di Facebook, Twitter dan Instagram, saya ingin menegaskan bahawa ia merupakan satu notis palsu.

Malah, jika diperhatikan, sememangnya wujud bukti yang mengatakan notis tersebut adalah palsu dan "diedit" dengan jelas oleh pihak-pihak tertentu. Selaku sebuah institusi yang dipandang tinggi oleh masysrakat, isu ini tidak seharusnya dijadikan bahan fitnah dan jenaka oleh mana-mana pihak. Justeru, saya mohon kepada semua, khususnya rakan-rakan mahasiswa/i agar bertenang dan dapat menilai notis tersebut secara rasional dan matang. Sekian, terima kasih.

Tinjuan di laman sosial Twitter turut mendapati mahasiswa USM memohon agar pihak berwajib menyiasat perkara ini dan menjatuhakan hukuman yang setimpal kepada pihak yang menyebarkan notis palsu berkenaan.Berita lanjut akan menyusul











Tuesday, August 21, 2012

PPSL USM Sudah Bersedia Menyambut Kehadiran Mahasiswa Mahasiswi Baru.


USM, Pulau Pinang- Pembimbing Program Siswa Lestari (PPSL) Merupakan komuniti pelajar yang dilantik oleh pihak Universiti Sains Malaysia (USM) untuk menjadi pembimbing kepada siswa-siswi baru pada Minggu Siswa Lestari (Minggu Orentasi) yang akan bermula 2 September nanti. Pemilihan PPSL adalah melalui proses temuduga yang dijalankan oleh Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP USM).

Walaupun Minggu Siswa Lestari hanya akan bermula pada september nanti, namun PPSL sudah mula bertugas semenjak keputusan permohonan USM di umumkan. Seperti tahun yang lalu, medium group facebook Bakal Mahasiswa Universiti Sains Malaysia (Kemasukan Septerber 2012) digunakan oleh PPSL untuk berinteraksi dengan bakal pelajar USM.

Melalui group ini mahasiswa baru dapat bertanyakan sebarang kerungsingan berkenaan proses pendaftaran dan sebagainya. PPSL akan mendapatkan maklumat secara terus dengan pihak USM bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh mahasiswa baru. Antara pertanyaan yang kerap diajukan adalah berkenaan PTPTN, Biasiswa, Pembayaran yuran Dan Kursus yg telah ditawarkan kepada meraka.

Melalui medium ini sememangnya dapat memberi impak yang positif kepada siswa-siswa baru dan memudahkan lagi segala urusan untuk pendaftaran mereka kelak. Interaksi yg baik telah diwujudkan bakal mmbawa kepada persekitaran kampus yang aman dan sejahtera.

PPSL akan menjalani kursus persediaan yg ditetapkan oleh USM bermula 24 September ini. Walaupun terpaksa pulah awal ke USM di musim perayaan namun pengorbanan para PPSL harus di puji. Keadaan inilah yang membuktikan mahasiswa USM mempunyai semangat cintakan Universiti yang sangat kuat. PPSL akan terus berkhidmat untuk mahasiswa.



Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More