Friday, January 28, 2011

USM tawar 120 tempat di India

PULAU PINANG 27 Jan. - Universiti Sains Malaysia menawarkan 120 tempat kepada penuntut baru yang mengikuti kursus ijazah doktor perubatan untuk melanjutkan pengajian di Belgaum, Bangalore, India.Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, mereka yang bakal terpilih merupakan kumpulan kedua dihantar ke sana menerusi program kerjasama USM dengan Universiti Karnataka Linggayat Education (KLE)."Kali pertama kumpulan pelajar dihantar ke sana adalah pada September tahun lalu yang melibatkan seramai 43 orang pelajar."Tahun ini kita ingin menghantar lebih ramai pelajar memandangkan kemudahan pembelajaran dan tempat tinggal yang disediakan di sana baik dan mencukupi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Tambahnya, pengalaman KLE terlibat dalam pendidikan perubatan selama...


Hubungan Rapat Universiti-Sektor Korporat Tingkat Pasaran Kerja Graduan

SERDANG: Institusi pengajian tinggi perlu mempunyai hubungan rapat dengan sektor korporat agar graduan mempunyai nilai pasaran yang baik dalam sektor pekerjaan, kata Pengarah Urusan RHB Bank, Datuk Tajuddin Atan.Beliau yang juga bekas pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) sekitar tahun 1980-an dan merupakan ahli Persatuan Alumni UPM berkata, kerjasama antara kedua-dua pihak membolehkan masing-masing bertukar-tukar kepakaran sekali gus meningkatkan nilai pasaran graduan yang dihasilkan."Aktiviti antara universiti dan badan korporat perlu digalakkan untuk membantu graduan mempunyai pasaran pekerjaan dalam sektor tertentu."Hubungan yang rapat antara universiti dengan sektor korporat boleh memberi ruang kepada mereka untuk bertukar pandangan. Ini membolehkan graduan berpeluang menghadapi dunia...


TITAS Perlu Kaedah Baru Tarik Minat Pelajar

SERDANG: Pengajar kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) di institusi pengajian tinggi digesa meningkatkan keupayaan serta mencari kaedah penyampaian baru bagi menyemai minat pelajar terhadap kursus tersebut.Pengerusi Sekretariat Jawatankuasa Induk TITAS Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Prof Madya Dr Zaid Ahmad berkata, kursus TITAS tidak semestinya meliputi isu sejarah semata-mata sebaliknya perlu meliputi elemen ketamadunan yang relevan pada masa kini.Perkara itu menurutnya boleh menarik minat para pelajar dalam subjek tersebut seterusnya menyemai sikap saling faham-memahami serta hormat-menghormati dalam masyarakat negara ini yang berbilang etnik, budaya dan agama."Saya berpendapat kursus ini perlu menjadi semasa, relevan dan dinamik. Ini selari dengan...


Jawatankuasa Usul Dewan Perundingan Pelajar USM Nafi Dipengaruhi

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions...


Wednesday, January 26, 2011

Konsep 1Malaysia di kampus USM

Sebahagian daripada warga Kampus Kesihatan USM Kubang Kerian bergotong-royong memasak bubur asyura, di Kota Bharu, baru-baru ini.KOTA BHARU 25 Jan. - Program Menyediakan Bubur Asyura anjuran Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian dekat sini, ternyata berjaya menerapkan konsep 1Malaysia dalam kalangan warga kampus.Dalam program itu, 5,000 pelajar dan kakitangan USM bekerjasama mengumpul sumbangan bagi menjayakan program tersebut.Hasil kerjasama tanpa mengira kaum dan latar belakang, pelajar dan kakitangan terlibat berjaya mengumpul sumbangan lebih RM5,000 bagi menampung kos penyediaan bubur asyura berkenaan.Semangat 1Malaysia...


Monday, January 24, 2011

Kuasa Autonomi & Parlimen Pelajar Untuk IPTA

PUTRAJAYA: Universiti awam digalak agar menubuhkan parlimen pelajar sebagaimana yang telah dirintis oleh Universiti Sains Malaysia (USM).Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya sebahagian besar IPTA berjaya membentuk parlimen pelajar mereka sendiri, pihak kementerian tidak teragak-agak untuk memberi kebenaran agar satu platform yang sama dibentuk di peringkat kebangsaan suatu masa nanti.Katanya, USM telah membuka jalan dengan memperkenalkan projek rintis parlimen pelajar dan universiti-universiti awam yang lain juga digalakkan supaya mengikuti jejak langkah yang sama.Beliau menjelaskan, sebuah parlimen pelajar di peringkat kebangsaan mungkin boleh dipertimbangkan jika 75% daripada IPTA telah membentuk parlimen pelajar di peringkat universiti masing-masing."Kita...


13 IPT sertai pertandingan nyanyian lagu puisi

KUANTAN 23 Jan. - Sebanyak 13 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) berentap dalam Pertandi ngan Nyanyian Lagu Puisi antara IPTA 2011 di Dewan Astaka, Universiti Malaysia Pahang (UMP), di sini, hari ini.Pertandingan tersebut diadakan sempena pelancaran Kempen Kami Prihatin 'Apakah Dosa' Peringkat institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan diadakan esok.Universiti yang bertanding adalah Universiti Malaya (UM); Universiti Malaysia Perlis (Unimap); Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (Utho); Universiti Putra Malaysia (UPM); Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI); Universiti Teknikal Malaysia Melaka (Utem); Universiti Utara Malaysia (UUM) dan...


Sunday, January 16, 2011

Sesi Kemasukan Baru IPTA Ditetapkan 2 - 7 Sept

GEORGE TOWN: Pendaftaran pelajar bagi sesi akademik 2011 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akan diadakan antara 2 dan 7 September ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor dan Rektor IPTA Prof Tan Sri Dr Dzulkifli Abdul Razak.Beliau yang juga Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat antara naib-naib canselor IPTA semalam."Pihak IPTA diberi kebebasan untuk membuat pendaftaran pelajar baru antara 2 September hingga 7 September ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahunan Naib Canselor USM di sini, hari ini.Beliau berkata untuk permulaan, perubahan itu pastinya akan menimbulkan sedikit kesukaran kepada pihak universiti."Dalam semua perubahan mesti ada kesusahan. Sesi kali ini sahaja akan sukar sedikit. Tahun...


UUM Tuan Rumah Festival Filem Dan Video Pelajar Malaysia Mac Ini

KUALA LUMPUR: Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menjadi tuan rumah Festival Filem dan Video Pelajar Malaysia ke-lapan (FFVPM) dari 2 hingga 6 Mac ini.Festival anjuran bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu dijangka akan disertai oleh pelajar-pelajar bidang perfileman dari IPTA dan IPTS seluruh negara.Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Finas Fatimah Ahmad berkata cetusan idea memperkenalkan FFVPM pada dasarnya pertujuan menggalak penghasilan kerja kreatif yang bermutu tinggi di kalangan para pelajar dalam bidang penghasilan filem,komunikasi dan multimedia."Ia juga bertujuan memberi pengiktirafan dan penghargaan terhadap hasil karya para pelajar. FFVPM ini selaras dengan usaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) melahirkan generasi muda yang hebat...


Angkasa Tawar Biasiswa Kepada Pelajar IPTA Mulai Mei

KUALA LUMPUR: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) akan memberikan biasiswa kecemerlangan kokurikulum yang pertama kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mulai sesi pengajian Mei ini.Presidennya Prof Datuk Dr Mohd Ali Baharum berkata biasiswa tersebut akan ditawarkan kepada 16 orang pelajar di peringkat permulaan."Ini bermakna setiap Jawatankuasa Perhubungan Angkasa Negeri (JPAN) termasukPahang (yang dibahagikan kepada tiga zon yang dipanggil Perhubungan Negeri) akanmendapat kuota seorang pelajar bagi setiap JPAN," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.Beliau berkata bilangan bissiswa tersebut akan bertambah pada masa akan datang sesuai dengan keupayaan pembiayaannya."Biasiswa kokurikulum ini ditawarkan kepada pelajar IPTA cemerlang dalam aktiviti koperasi...


Perhimpunan Mahasiswa 11 Januari Ini

KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta akan diadakan pada 11 Januari ini sebagai saluran bagi mereka menyuarakan isu serta masalah yang dihadapi.Wakil penganjur Lydia Natasha Azuar Jimin, 23, berkata perhimpunan itu dijangka menghimpunkan kira-kira 300 mahasiswa dan akan menggunakan pendekatan 'Parlimen Pelajar' dengan setiap masalah yang diperdengarkan kepada hadirin akan cuba diselesaikan setelah satu keputusan dicapai menerusi undian majoriti.Perhimpunan itu yang akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor bermatlamat memperkasakan gerakan mahasiswa agar lebih berani dan lantang dalam memperjuangkan hak mereka tanpa perlu campur tangan pihak lain, katanya pada satu sidang akhbar hari ini."Kami sudah cukup matang untuk membuat...


USM Sedia Bantu Pembangunan Di Palestin

GEORGE TOWN: Universiti Sains Malaysia (USM) bersedia untuk membantu kerajaan Palestin dalam membangunkan terutamanya sektor pendidikan di negara tersebut.Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata pertolongan USM bukan sahaja dalam soal pendidikan tetapi dalam pelbagai bidang lain yang USM mempunyai kepakaran dan pengalaman.Beliau pada Khamis menyaksikan telesidang video mengenai kerjasama dan inisiatif menyeberangi sempadan antara Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah dengan Timbalan Menteri Pendidikan Palestin, Dr Ziad Thabit.Dzulkifli berkata USM sedang dalam proses menghantar sekumpulan wakil ke Gaza untuk mengukuhkan komitmen tersebut."Kami merancang kunjungan ke Gaza untuk membincangkan kemungkinan kerjasama yang dijadual Mac ini," katanya. - BE...


Pages 141234 »
Share |
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Favorites More