PULAU PINANG 28 Sept. - Universiti Sains Malaysia (USM) yakin pembukaan kafe 'Anjung Semarak' di tengah-tengah pusat pengajian itu berpotensi menjadi ikon keilmuan yang boleh dicontohi oleh institusi pengajian tinggi lain di negara ini berikutan gabungan keunikan konsepnya.Naib Canselornya, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, Anjung Semarak bukan sekadar menghidangkan juadah kepada pengunjung Taman Buku USM (Book Garden) yang terkenal sebagai pembekal buku-buku ilmiah untuk keperluan warga universiti, malah menjadi lokasi penganjuran aktiviti keilmuan dalam pelbagai bidang.''Aktiviti ini boleh dipelbagaikan seperti diskusi buku, forum mini, deklamasi sajak, puisi serta sudut pameran hasil seni yang mampu menjadikan mereka yang mengunjunginya sentiasa dekat dengan ilmu.''Jika ini...